Tuesday, September 22, 2020

review Hada Labo Hydarating Light

 salam humaan.. :)

baik. untuk blog kali ni, aku nak share review mengenai skincare product Hada Labo Hydrating light.

source: Google

gmbr seperti diatas. Aku beli yang trial je sebab takut tak sesuai. dalam 1 kit tu ada cleanser (pencuci muka), toner dan moisturiser (pelembab). kulit aku jenis dehydrated dan kering, silap aku beli product ni sebab yang ni untuk kulit normal - berminyak (normal to oily skin). jadi disini, aku nak review kesan product ni keatas kulit kering. aku review 1-1 ye..

Hada Labo Hydrating face wash

pros.
pencuci muka ni ada BHA/AHA acid, muka terasa bersih sebab ia menanggalkan segala kotoran dan kesan-kesan make-up. acid-acid tu berfungsi untuk exfoliate/menanggalkan kulit mati.

cons.
menanggalkan segala kotoran termasuk minyak yang melindungi dan melembabkan kulit (natural oil). menyebabkan muka terasa ketat dan kering. kena top up dengan pelembab cepat2

note:
bila tngok balik ingredients, rupa-rupanya, banyak harsh chemical yang sangat sangat mengeringkan kulit. aku dapat kesan tu sebab kulit aku kering, ia memang sepatutnya mengurangkan minyak sebab pencuci ni diformulasikan untuk kulit berminyak. aku pakai 2x je terus stop. aku bagi laki aku pakai, kulit dia berminyak so pencuci ni serasi dengan dia. however, dia tak nak repurchase pun.

Hada Labo Hydrating Lotion (Light)

ni adalah toner walaupun namanya lotion. kena pakai toner ni lepas pencuci muka. texture dia seperti air dan tak berbau. pros dan cons dia sama je dengan cleanser dia, mengeringkan kulit aku yang memang kering ni hahah. 

Hada Labo Hydrating water gel

last but not least, pelembab hada labo ni. bagi aku pelembab dia ni ok tapi cepat kering, cepat meresap dan texture gel dia yang sejuk memang best pakai atas muka. tapi sama jugak, kulit aku lembab kejap je.


semua product hada labo yang aku mention kat atas tu, aku pakai 2x je, then aku stop bagi laki aku pakai. semua tu dia habiskan dan sesuai dengan kulit dia sebab kulit dia jenis berminyak.

aku beli ni pun sebab baca banyak orang review kesan dia yang bagus, dan pada masa tu aku tak tahu lagi pasal kandungan-kandungan dalam product. lepas aku beli baru aku tahu ada website yang boleh tolong tengokkan setiap kandungan dalam product iaitu Skincarisma.com dan cosDNA. kalau korang search hada labo yang aku review kat atas tu, mesti korang terkejut sebab kandungan dia banyak harsh chemical dan ada paraben.

since then, aku dah boleh pilih nak beli product apa based on skincarisma.com dan cosDNA.com. aku suggest korang buat macam aku, sebelum beli, check dekat webiste tu kandungan dia ok? goodluck.









 



No comments:

Post a Comment