Thursday, January 31, 2019

pengalaman pertama kali bermain Salji, Murree Pakistan

Assalamua3laikum readers… Alhamdulillah today we are still breathing and thanks to Allah for everything. So today I would like to share my vacation to Murree, Pakistan. 

Disebabkan suami saya ialah orang Pakistan, maka berpeluang lah saya untuk melawat negara ini secara percuma lol. Itu lah salah satu kelebihan kahwin orang luar. Kedatangan saya ke pakistan bukanlah kali pertama tetapi kali ke-2. 1sttime datang pada tahun lepas hujung bulan April 2018. Stay sana 14 hari sahaja sebab terpaksa balik Malaysia untuk menghadap exam kahkahkah.

Murree merupakan salah satu tempat yang famous di Pakistan sebab tempat ini setiap kali musim sejuk akan turun salji yang menjadikan pemandangan jalan dia MasyAllah sangatlah cantik SubhanAllah. Masa datang Pak hari itu ada pergi Murree juga tetapi waktu itu musim panas so salji tak ada, cuacanya yang sejuk sahaja ada. Sejuk dia 5x ganda sejuk Cameron or Genting. Tapi, Alhamdulillah kedatangan saya yang kali ke-2 Allah beri peluang bukan sahaja untuk melihat salji tetapi saya juga diberi peluang untuk melihat salji turun SubhanAllah. Rasa nikmat dan syukur itu memang tak boleh cakap.



Perasaan saya masa first time pegang salji hari itu rasa seronok sangat. Gembira, terharu, teruja dan macam-macam lagi perasaan yang positif. yalah, namanya juga first time kan? of course lah perasaan bercampuk aduk sebab saya sendiri tak sangka yang kejadian itu betul-betul terjadi. Rasa bersyukur sangat dapat melihat ciptaan Allah yang indah SubhanAllah.

Sebenarnya tak ada apa pun dekat Murree. lebih kurang macam Genting Highland juga, ada mall, hotel dan sewaktu dengannya. Cuma bezanya Murree ada salji di musim sejuk dan seperti yang saya nyatakan awal tadi, pemandangan kiri kanan jalan ke Murree itu cantik sebab dipenuhi dengan Pine tree and Pine tree itu pula disaluti oleh salji macam dalam filem or lukisan fantasy SubhanAllah. 



Tetapi, cantik-cantik pemandangan dekat Murree ini ada bahaya nya juga sebab jalan dia licin and sempit. Lagi satu kena hati-hati dengan salji atas pokok sebab kalau jatuh boleh membawa maut Nauzubillahiminzalikh. Salji, walaupun nampak fluffy, ia sebenarnya berat so memang kena sangat berhati-hati. Masa lawatan kami ke sana pun tersekat di tengah jalan sebab jalan dia 1 saja tapi 2 way and pada hari itu jalan menjadi 1 way sebab tepi-tepi jalan itu penuh dengan salji tapi Alhamdulillah tak ada apa yang terjadi. 


In Shaa Allah kalau umur panjang nak datang lagi and kalau diberi peluang oleh Allah, saya teringin nak pergi Hunza dan Kashmir In Shaa Allah. Kenapa saya nak pergi tempat ini? kalau pembaca-pembaca sekalian pernah menonton movie Bollywood, scene hero dan heroin menari berlatarkan gunung ganang dan pemandangan-pemandangan yang cantik itu salah satu tempatnya adalah di Kashmir dan Hunza. Sebenarnya Pakistan ada banyak tempat semulajadi yang menarik macam gunung ganang, padang bunga, sungai dan sebagainya. Tetapi yang paling terkenal adalah Hunza dan Kashmir. kalau tak percaya boleh lah google. Nanti kalau dapat pergi saya akan kongsi lagi pengalaman alright? JMa’aslamah.


No comments:

Post a Comment